Studio DIY dalam Rumah

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Semasa aku menulis entri ni, dah hampir 2 minggu selesai sesi Photoshoot design terbaru bagi produk eksklusif vivadea. Model si cantik manis Yasmin dipilih kali ini untuk photoshoot yang julung kali dibuat kat rumah menggunakan Studio buatan sendiri. Biasanya photoshoot dibuat guna dinding putih atau dibuat outdoor. Tapi memandangkan adalah lebih senang shoot kat rumah dan lebih privacy jadi terciptalah studio DIY ni.  Jadi aku terangkan apa yang aku buat untuk hasilkan studio DIY yang tak seberapa ni.

1. LAMPU
Proses nak buat studio DIY kat rumah ni bukanlah aku buat sesuka hati. Aku study hampir seminggu untuk merealisasikan projek ni. Hasil dari study aku tu, maka dapat disimpulkan nak shoot studio ni paling basic kena ada paling kurang 3 lampu. Lampu pertama dan kedua perlu dihalakan 45 darjah ke arah model/subjek dari arah depan di sebelah kiri dan kanan. Lampu ketiga pulak perlu dihalakan ke arah backdrop untuk menerangi backdrop. Untuk kes lampu ketiga ni, sebenarnya aku tak ada pun lampu ketiga. Jadi aku gunakan speedlite YongNuo dengan Setting Slave untuk terima arahan dari Speedlite Nissin sebagai master yang dicantum pada kamera Nikon D90.

1. Light Stand Kit With Soft Box 50cm X70cm (Set Kit) - RM350
2. Speedlite Nissin - RM600
3. Speedlite YongNuo - RM300

Light Stand Kit dan Speedlite YongNuo
Cara aku letakkan speedlite YongNuo untuk menerangi Backdrop

Secara teknikalnya, untuk speedlite dan Light Stand ni aku dah beli lama dan aku beli satu persatu ye bukan sekaligus. So tak terasa la untuk kos yang aku sebut kat atas tu. hehehe!

2. BACKDROP STAND
Segan plak nak bagitau cara aku gantung backdrop ni. Rata2 aku tengok kat kedai Fotografi ngan online Store harga paling murah untuk set Backdrop Stand dengan White Muslin ni adalah RM180. Itupun cuma dapat kain Muslin (putih) 3 meter je. Aku risau tak cukup diva la untuk si Model berposing. Untuk kain Muslin tu nanti aku citer. Serang ni aku nak citer pasal backdrop stand. Aku gunakan paip PVC yang aku gantungkan pada railing langsir kat rumah. Paip PVC tu aku letakkan atas Waterfall Cloth Hanger. Kombinasi kedua-dua ni boleh menampung kain backdrop yang aku beli kat Jakel.

4. Paip PVC (6 kaki) - RM4
5. Waterfall hanger - NA (Pinjam kat bini hehehe)

Paip PVC dan Waterfall Cloth Hanger yang digunakan.


3. KAIN BACKDROP
Kain untuk backdrop ni terus terang aku cakap, aku beli kat bahagian langsir kat Jakel. Aku pilih kain yang dipanggil 'blackout' ni sebab ketebalannya dan promoter kata kain ni tak tembus cahaya. Semeter RM12 je, jadi aku beli 6 meter (sepatutnya 5 meter dah cukup untuk model berposing dengan gaya diva). Kain ni tak mempunyai bidang yang aku inginkan iaitu at least 2 meter. Bidang kain ni cuma 1.5 meter je. Setelah aku perhati lama kain ni, dengan harga yang ok, hati aku kata kain ni ok untuk dijadikan backdrop. Hujung kain dijahit untuk memberi ruang penggantungan kat paip PVC tadi.
1. Kain Putih Plain 6 meter - RM72

Secara keseluruhan kos yang aku keluarkan untuk menjayakan projek ni cuma untuk paip PVC (RM4) dan kain Langsir (RM72) yang keseluruhannya RM76. Tak la perfect pun Studio DIY ni, tapi sekurang2nya senang la kerja-kerja 'post processing' untuk gambar2 ni kan.

Keadaan semasa sesi photoshoot Yasmin untuk Vivadea.

HASIL
Hasil yang  yang bakal aku tunjukkan ni agak eksklusif sebab belum keluar secara rasmi kat mana-mana laman web yang berkaitan vivadea dan Lazada. So kita cerita sini habis sini je la. Taraaa!

Sebelum dan selepas Editing. Satu klik mouse dah siap crop.
yang ni shoot guna P780 aku ye.

Harga Pasaran Facebook Fanpage Bakal Jatuh?

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Semalam dapat email dari sifu marketing Malaysia Faisal Abdullah (FA) bertajuk "BERITA BURUK dari FB." Dalam email tu FA bagitau berita dari Astro Awani pasal peraturan facebook yang baru iaitu facebook akan kurang kan iklan dan news feed kat facebook page. Apa yang aku paham dari Astro Awani ni adalah, kita akan kurang tengok iklan2 percuma kat news feed kita. Itu bagus bagi pengguna facebook yang  tak suka iklan yang ntah apa2 keluar kat wall mereka. Tapi bagi peniaga2 online, mereka akan menghadapi sedikit halangan.


Cara set Private atau Public akaun Instagram anda

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Habis aku selongkar google untuk Public kan balik gambar kat dalam akaun Instagram aku tak jumpa2 jugak. Aku ingatkan Mark Zuckerberg dah disable fungsi Public atau Private kan akaun instagram ni. Sebenarnya ada je cara yang diajarkan kat hasil carian google tu. Tapi ye la, dalam English. Maklumler, aku ni english dah la belajar tahap tingkatan 5 je. hehehe... baca selanjutnya untuk mengetahui cara bagaimana untuk set akaun instagram ke Public atau Private.

testing popup

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera

Lazada Malaysia

Telefon bimbit serba guna

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Sekali pandang macam telefon bimbit, dua kali pandang dah macam speaker JBL, gulingkan sikit dah jadi torchlight. Inilah dia telefon serba guna yang aku jumpa kat DX.com. Dari bentuknya yang unik membuatkan aku terus nak buat review pasal errrr torchlight yang mempunya kapasiti bateri 8000mAh ni. Skrin size dia 2.0 inch dan resolusinya 240 x 320.

Bengkel Grafik Hero 2014 World Designer

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera

GoPro Hero 3+ vs SJ4000 vs WDV5000 Action Camera

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Tiba-tiba action kamera menjadi fenomena kebelakangan ni. Dulu orang tak kenal pun GoPro, sekarang ni hampir semua penggemar sukan ekstrem dan penggemar selfie mengenali GoPro ni. Tapi harga GoPro ni bukan alang-alang. Bagi pioneer dalam bidang action kamera ini mereka terlebih dahulu menguasai pasaran dunia jadi harga yang diletakkan tak menjadi pertikaian sehinggalah datang persaingan dan rival yang bertubi-tubi. Tapi menurut pandangan aku, GoPro masih buat 'tak kisah' dengan pesaing-pesaing dia ni. Sebab apa? Sebab GoPro ni ada peminat2 dia sendiri dan pembeli2 yang pentingkan jenama dan kualiti dan waranti.

dari kiri GoPro, WDV5000 dan SJ4000

Cara Baca / Mendapatkan Post facebook yang lama

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Korang perasan tak kalau kita nak cari balik post2 kita kat facebook, kekadang tu rasa macam tak jumpa balik post tu. Atau boleh dikatakan hilang. Sebenarnya post korang tu tak hilang cuma dah di achieved kan oleh facebook. Jadi kalau korang skrol wall korang untuk mencari post korang sama ada gambar atau text atau link korang kena perhati betul2 timeline tu, sebab facebook telah menyediakan link posting korang tu yang telah di achieved tu dan mungkin korang tak perasan.  Memandangkan korang skrol laju, kekadang korang tak perasan pun benda ni ada, silap haribulan korang salahkan facebook sebab delete post korang. Ada cara mudah untuk melihat kesemua post / status korang kat facebook ni.

Cara facebook achieved kan post korang

Gaya Street Kota Kinabalu

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Dah lama tak berjalan-jalan ke salah satu tempat kunjungan wajib jika berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah ni, termasuklah yang menetap dan bekerja kat sini. Memang kawan2 yang 'senior' atau kawan Sabahan akan rekemen tempat ni. Gaya Street Kota Kinabalu Sabah. Gaya street ni cuma ada pada setiap hari ahad bermula 6 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 1 tengahari.

Cara elak gambar di simpan dalam Whatsapp

Oleh: Adzril Maizan Sejahtera
Biasanya memang agak letih la nak delete gambar2 yang dihantar dalam group Whatsapp. Semuanya auto download dan ianya agak menjengkelkan bila ramai ahli group yang kadang2 terlalu banyak menghantar gambar. Jadi untuk mengawal perbuatan ini, korang perlu untuk disable kan fungsi auto download tu kat applikasi Whatsapp. Dengan ini dapat la kita mengelakkan gambar di simpan dalam folder whatsapp kita dan memenuhkan memori kad kita.

Bagi pengguna Android, apa yang perlu ada buat adalah, akses menu SETTING > CHAT SETTING > MEDIA AUTO-DOWNLOAD seperti gambar dibawah. Di Media Auto-Download ni la korang boleh pilih setting mana yang perlu mengikut kehendak korang.

SETTING > CHAT SETTING